Abang & ibu ‘pergi’ kerana Covid-19, kakak pula kritikal, pemuda hiba pegang pusara

Hati siapa yang tidak robek apabila seorang demi seorang ahli keluarga meninggal dunia disebabkan wabak Covid-19. Setiap hari ada sahaja yang menerima berita duka ini memandangkan penularan wabak maut tersebut semakin meningkat.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh @yein654, dia menceritakan kisah duka yang dihadapi olehnya memandangan ibu tercinta telah pergi meninggalkan semua pada 29 Julai 2021.

Selang dua hari, abangnya yang juga dijangkiti wabak tersebut turut pergi menghadap Ilahi. Saat ini, kakak kandungnya sedang bertarung nyawa apabila kritikal di unit rawatan rapi.

Dalam pada itu, menerusi balasan daripada satu perkongsian daripada warga Twitter, @yien654 memaklumkan yang bapa saudaranya juga telah dimasukkan ke dalam wad dan dia merasakan ujian yang diterima kali ini cukup berat untuk dihadapi.

Dia yang berpeluang untuk turut serta dalam urusan pengebumian ibunya dilihat tidak dapat menahan sebak sambil memegang pusara insan tersayang.

 

 

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan salam takziah buat @yien654 yang telah kehilangan ibu dan abang tersayang dalam waktu yang sangat singkat.

Mereka juga berharap agar pengguna Twitter itu terus bersabar dan meninggatkan orang ramai bahawa pandemik Covid-19 adalah benar.

Sumber: Twitter @yien654