70.7 peratus populasi dewasa terima dos pertama – Utusan Digital

70.7 peratus populasi dewasa terima dos pertama – Utusan Digital

PETALING JAYA: Sebanyak 26,388,905 dos vaksin Covid-19 sudah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian di Twitternya, Adham memaklumkan, jumlah yang menerima dos pertama vaksin Covid-19 ialah 16,545,384 orang manakala 9,843,521 orang lagi telah pun menerima dos kedua.

Mengikut peratusan, 70.7 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 42 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 525,342 dos seperti yang diberikan semalam dengan 197,962 adalah dos pertama manakala 327,380 adalah dos kedua.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. -UTUSAN ONLINE

Scroll to Top