Kenderaan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan perkarangan Istana Negara tepat jam 1 tengah hari tadi selepas beliau selesai menghadap Yang Di-Pertuan Agong.
Menerusi pertemuan yang berlangsung selama kira-kira 40 minit itu, beliau dikatakan melepaskan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya.
Jawatan yang disandang selama 1 tahun 6 bulan dilepaskan selepas beliau kehilangan sokongan majoriti dari kalangan Ahli Parlimen.
Pengumuman perletakkan jawatan Perdana Menteri ke-8 itu secara automatik membubarkan barisan kabinet yang sedia ada.
Walau bagaimanapun mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai Perdana Menteri interim bagi mengisi kekosongan tersebut sehingga Perdana Menteri baru dilantik.
Keputusan itu diambil kerana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) tidak dapat dijalankan pada masa ini berikutan isu pandemik yang kian meningkat.
Selain itu Yang di-Pertuan Agong turut mengambil maklum bahawa sebanyak 484 kawasan Dewan Undangan Negeri kini berada dalam zon merah Covid-19.
Oleh itu, tindakan ini diambil sebagai usaha untuk menyelamatkan rakyat menangai wabak Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang.
Baginda turut mendoakan keadaan negara dan rakyar dapat kembali pulih selain menyeru agar rakyat kekal tenang.
Sumber : Facebook Istana Negara




