Fattah Amin dipuji tidak kekok pegang anak

Kuala Lumpur: Ramai sudah mengetahui bahawa pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura telah dikurniakan rezeki cahaya mata sulung, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu.

Melalui akaun Instagram @fattzuralovelife, pasangan tersebut tidak lokek berkongsikan kehidupan baharu serta saat bersama puteri kesayangan mereka.

Baru-baru ini, akaun tersebut berkongsikan video ‘throwback’ memaparkan Fattah yang sedang mendodoikan Nur Fatima ketika masih berada di hospital.

Di ruangan komen, ramai netizen memuji pelakon itu yang langsung tidak kekok mendodoi anaknya. Ia kerana kebiasaannya agak kekok untuk memegang anak sendiri bagi mereka yang baru sahaja menimang cahaya mata.

Sementara itu, ramai juga netizen di ruangan komen yang mengatakan ingin melihat wajah anak pasangan itu.

Sebagai makluman, pasangan itu masih lagi belum mendedahkan wajah puteri mereka kepada khalayak umum walaupun sudah mencecah tiga bulan.

Sumber: Roti Kaya

Akmal Hakim
Glamour Desk

Scroll to Top