Malaysia raih perak Remaja Dunia – Utusan Digital

Malaysia raih perak Remaja Dunia – Utusan Digital

PETALING JAYA: Penunggang remaja negara cemerlang di Belanda apabila meraih ­pingat ­perak berpasukan dalam Kejohanan Kuda Lasak Remaja Dunia di Belanda, semalam.

Dibarisi Muhammad Faris Haikal Hassan Sa’ari, Yusuf Luqman Zakaria, Nur Qasrina Amani Zakaria, An-Nur Imran Eirfan Anuwar dan Anfal Insyirah Abu Talib memulakan saingan pada pukul 7 pagi waktu tempatan.

Mereka menempuhi laluan berbatu dan berpasir sejauh 120 kilometer (km) yang dibahagikan kepada empat fasa.

Pengurus pasukan, Wan Mohd. Kamaluddin Wan Yussof berkata, dalam fasa pertama pa­sukan negara dikejutkan dengan penyingkiran seorang penunggang apabila kudanya menghadapi masalah kesihatan.

Bagaimanapun, cabaran d­ite­ruskan di fasa kedua denga empat penunggang lain di kedudukan keenam dengan membuat strategi baharu.

Pasukan Malaysia akhirnya ber­jaya berada di kedudukan kedua pada fasa terakhir ketika saingan berbaki 10km.

“Kejayaan Malaysia mengatasi bekas juara-juara dunia dan juga negara-negara besar dalam sukan kuda lasak seperti negara-negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sepanyol, Itali, Brazil,
Jerman, Amerika Syarikat (AS), ­Belgium dan Belanda sangat hebat.

“Kejayaan ini amat membanggakan kerana ini adalah kali pertama Malaysia meraih kedudukan podium sejak membuat penampilan sulung dalam kejohanan itu pada 2013.

“Penunggang berjaya menge­kalkan tunggangan terbaik mereka di dalam jarak sejauh 120km mengharungi trek berbatu dan berpasir,” katanya.

Scroll to Top