Sedang berdepan ujian, gadis sebak lihat kakak menangis lepas solat

Sedang berdepan ujian, gadis sebak lihat kakak menangis lepas solat

Setiap insan pasti diuji dengan pelbagai dugaan. Tiada yang terlepas dari sebarang masalah dan pastinya setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang cukup besar di kemudian hari.

Namun, andai diri tengah diuji oleh Maha Pencipta, berbalik kepadanya adalah jalan terbaik untuk menenangkan jiwa.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @iqasalim apabila memuat naik video kakaknya yang menangis ketika selesai solat subuh.

@ieqasalim

♬ original sound – dalia – dalia

Dari jauh dapat dilihat gadis tersebut menangis teresak-esak sambil bersujud. Dalam kapsyen yang disertakan, pengguna TikTok itu memaklumkan yang kakaknya sedang terluka.

Namun, @iqasalim sempat menitiplan pesan bahawa kita tetap mempunyai Allah S.W.T setiap masa walaupun ketika itu kita telah kehilangan semuanya dalam hidup.

Di posting yang berbeza, kakak kepada gadis berkenaan dilihat memegang dua keping gambar seolah-olah menyatakan yang dia bersedih disebabkan perkara itu.

@ieqasalim

Hmmm 🥺

♬ Hapus Aku – Nidji

Walaupun tidak menceritakan hal sebenar, namun warganet tetap memberikan kata-kata semangat buatnya supaya bersabar dengan ujian daripada Allah S.W.T.

Ada juga di antara mereka yang pernah melakukan hal sama dan mengakui bahawa menangis ketika solat sememangnya satu bentuk terapi yang dapat menenangkan kita dari masalah yang sedang dihadapi.

 

 

 

Sumber: TikTok @iqasalim

 

Scroll to Top