Walaupun pandemik Covid-19 di Malaysia sudah semakin terkawal, namun jumlah kematian masih lagi ada setiap hari. Ada sahaja video atau perkongsian yang tular di media sosial melibatkan pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang begitu menyebakkan.
Salah satunya perkongsian daripada akaun Tiktok @fyzajoe111 apabila memuat naik kesungguhan dan susah payah petugas pengurusan jenazah di kawasan pedalaman yang perlu memakai PPE lengkap menghantar jenazah pulang ke keluarga untuk disemadikan.
@fyzajoe111 Pengendalian Jenazah Covid19 oleh Team Kawalan Pej. Kesihatan Daerah Ranau dengan kerjasama APM Ranau di Kg Manikualu Gusi#covidisreal🌏💔
♬ bunyi asal – 💪[email protected]@ [email protected]💪🌈 – 🐜Bo$$ Nucciy, ⚔️
Dapat dilihat mereka terpaksa melalui sungai sehingga ke paras dada, kemudiannya mendaki bukit dengan membawa sekali peti mayat.
@fyzajoe111 Sambungan.. Daripada sungai, meredah bukit manikulau untuk menghantar jenazah ke persemadian terakhir…#semogadiberkatiallahduniaakirat #covidisreal
@fyzajoe111 Semoga dilindungi, dirahmati dan diberikan kesihatan yang terbaik buat kalian…. #covidisreal🌏💔
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan menghadirkan pelbagai komen di akaun TikTok berkenaan. Rata-rata berasa sebak apabila melihat ‘perjuangan’ petugas barisan hadapan yang benar-benar amanah dalam menjalankan tugas sehingga sanggup mengharungi pelbagai cabaran seperti itu.
Sumber: TikTok @fyzajoe111




