Setiap orang pasti mempunyai selebriti crush tersendiri. Walaupun sedar bukan mudah dapat bertemu ataupun berkenalan dengan selebriti berkenaan, tidak salah rasanya meminati mereka terutamanya karya-karya yang dihasilkan.
Menerusi perkongsian seorang wanita diruangan TikTok, pengguna akaun bernama @reeen._ ini memaklumkan yang dia amat meminati pelakon Bollywood iaitu Hitrik Roshan. Aktorย tersebut sememangnya kacak dan menjadi kegilaan ramai terutamanya peminat filem hindustan.
Disebabkan meminati pelakon itu, @reeen._ mengakui bahawa ketika sedang mengandung, dia suka melihat Hitrik Roshan sehingga menyimpan gambar-gambar aktor berkenaan.
Sehinggalah anaknya lahir mengalami keistimewaan sama seperti pelakon tersebut di bahagian jarinya.
@reeen._ My Hrithik Roshan junior ๐ anugerah Allah paling terindah โจ #hrithikroshan #fyp #alhamdulillah
โฌ bunyi asal โ ๐ฒ๐พ Basri Maddau ๐ฎ๐ฉ โ ๐ฒ๐พ Basri Maddau ๐ฎ๐ฉ
Bayi yang dilahirkan oleh pengguna TikTok itu mempunyai enam jari ketika dilahirkan sama seperti Hitrik Roshan yang mengalami keistimewaan tersebut.
Menerusi kapsyen yang dibuat oleh @reeen._, dia memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T diatas anugerah cukup bermakna itu dan menganggap anaknya sebagai Hitrik Roshan junior.
ย
Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian ramai dan pelbagai komen telah diterima. Rata-rata mengakui takjub dengan kekuasaan Allah S.W.T kerana secara kebetulan bayi yang dilahirkan wanita itu mempunyai persamaan dengan selebriti yang diminatinya.
Ada juga yang berkongsi pengalaman sama apabila meminati seseorang ketika hamil dan anak yang keluar mirip dengan individu tersebut.
Akan tetapi, ada juga yang meninggalkan kata-kata kurang baik namun tidak diendahkan oleh pengguna TikTok.
ย
Sumber: TikTok @reeen._