Aaron Aziz Bengang, Duit Perniagaan Isteri Disonglap Puluhan Ribu – “Kau Keji, Hipokrit, Biadap, Pendusta & Tak Bersyukur”

Aaron Aziz Bengang, Duit Perniagaan Isteri Disonglap Puluhan Ribu – “Kau Keji, Hipokrit, Biadap, Pendusta & Tak Bersyukur”

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa berang dan kecewa apabila seorang individu wanita sanggup menipu duit perniagaan isterinya bernilai puluhan ribu ringgit.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aaron memaklumkan dia berasa sangat kecewa dan marah apabila wanita terbabit tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan isterinya.

“Saya tidak akan pernah melupakan wajah anda! Berpuluhan ribu kau songlap!

“Bini aku kongsi rezeki kau macam ni,” katanya.

Bukan itu sahaja, isterinya, Diyana Halik sanggup memberikan pertolongan kepada wanita berkenaan terutamanya bagi membantu kehidupan individu terbabit.

“Bini aku bagi kau rezeki untuk kau bagi anak dan laki kau makan. Bini aku percaya kau.

“Tapi kau balas bini aku dengan mencuri duit sales selama ni. Rupanya kau telan duit halal dia masuk dalam mulut kau secarra HARAM!,” katanya.

Sedih dengan kejadian yang menimpa isteri tercinta, Aaron menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab individu terbabit sebagai keji, hipokit dan merupakan seorang manusia yang tidak pernah bersyukur.

“Aku witness dia ke hulu, ke hilir… penat sampai sakit.

“You are despicable, a hypocrite, biadap, pendusta dan manusia yang tak bersyukur,” jelasnya.

 

Scroll to Top