Aaron Aziz Segera Ambil Anak Selepas Kejadian Tembakan SCM

Aaron Aziz Segera Ambil Anak Selepas Kejadian Tembakan SCM

Sebentar tadi, Ohmedia ada kongsikan artikel berkaitan kejadian tembakan yang berlaku di Setia City Mall, Setia Alam yang berlaku sekitar jam 9 malam tadi. Dalam satu perkongsian di TikTok, pelakon Aaron Aziz turut segera ke lokasi kejadian untuk mengambil anaknya.

Aaron aziz

Aaron turut menasihatkan anaknya untuk sentiasa tenang dan tak panik ketika berlaku sebarang kecemasan di tempat awam.

Guys Make sure your loved ones are safe kalau ada di SCM tadi. AdaTembakan di SCM anak saya kata tadi satu Mall diarah keluar.

Remember adik Dahliaarissaaaron never panic during an emergency.- Tulisnya.

Dalam perkongsian itu, Aaron juga membuat andaian berlaku kejadian rompakan di mana suspek melepaskan tembakan.

Pihak polis turut telah mengesahkan kejadian itu berlaku dan ketika ini pihak polis masih melakukan siasatan untuk mengesan suspek. Kita masih menantikan perkembangan terkini dan diharapkan tidak berlaku sebarang kehilangan jiwa.

BACA: Tergempar! Polis Sahkan Berlaku Kejadian Tembakan Di Setia City Mall


Scroll to Top