Aaron-Wooi Yik lepasi ranjau China

Aaron-Wooi Yik lepasi ranjau China

BEREGU utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya menebus dendam terhadap Liang Wei Keng-Wang Chang, selepas menyingkirkan pasangan dari China itu dalam pusingan kedua Masters Indonesia di Jakarta pada Khamis.

Aaron -Wooi Yik yang berstatus juara dunia itu menunjukan jalan keluar kepada Wei Keng-Chang – beregu nombor tujuh dunia yang menyekat gelaran pertama mereka musim ini di Terbuka India, minggu lalu dengan kemenangan straight set.

Pada perlawanan set pertama, Aaron -Wooi Yik ternyata berdepan tentangan sengit Wei Keng-Chang sebelum menang 22-20 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Istora Senayan tersebut.

Set kedua, Aaron -Wooi Yik yang merupakan pilihan keempat kejohanan tidak memberi ruang kepada pasangan yang memiliki rekod pertemuaan tiga kemenangan daripada tiga aksi antara mereka sebelum ini, untuk menang 21-13.

Aaron -Wooi Yik sebelum ini mara selepas mengatasi rakan senegara, Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci, 21-14, 21-9 pada pusingan pertama dalam tempoh 30 minit.

Terdahulu dalam perlawanan pusingan pertama sebelum ini, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang merupakan pilihan kedua mara setelah menewaskan pemain dari Taiwan, Lin Chun Yi 21-18, 21-17.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei apabila tewas kepada pemain tuan rumah, Angus Ng, 21-6 21-15.

Sementara itu, beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang juga pilihan kedua turut mara setelah menewaskan pasangan dari Jerman, Jones Jansen-Linda Efler 21-10, 21-10.