“Abah, Dunia Tengah Perang…” – Anak Aliff Syukri

“Abah, Dunia Tengah Perang…” – Anak Aliff Syukri

Oh! Artis

Ammar mungkin masih muda, tapi dia dah tunjuk contoh, kita boleh pilih untuk tak larut dalam isu remeh.


Tengah berniaga dalam sesi live TikTok pun sempat lagi usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri buka topik panas!

Baru-baru ni tular satu klip video di TikTok menunjukkan Aliff bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan ketika mereka sedang membuat jualan secara langsung.

Tapi tiba-tiba Aliff mula bawa topik viral, ‘telur masam’ yang dikaitkan dengan usahawan dessert, Kieda Crepe.

Apa komen Ammar mengenai ‘telur masam’? Tak apa lah abah jawab boleh?- Soal Aliff Syukri dekat anak dia.

Ammar nampak tak selesa, tapi jawapan dia buat ramai terkesima…

Aliff Syukri

Walaupun diasak dengan soalan oleh ayah sendiri, reaksi Ammar nyata menunjukkan dia kurang selesa nak masuk campur isu sensasi.

Ammar akhirnya tetap memberikan jawapan yang simple tapi ‘deep’. Ramai puji dia punya kematangan dan cara dia tengok isu viral dari perspektif lebih luas.

Sekarang ni dunia tengah sibuk ada peperangan Iran tapi rakyat Malaysia tengah sibuk pasal suami orang ‘telur masam’ ke tak.- Ammar.

Ayat tu cukup untuk buat ramai yang tengah seronok bergosip rasa ‘sentap’ sendiri.

Ramai yang tinggalkan komen positif, memuji cara Ammar mengekalkan adab walaupun dalam situasi yang agak panas. Malah, ada yang harap Ammar terus kekal dengan sikap tenang dan bijaknya tu.

Pssttt! Kadang-kadang dalam dunia yang penuh dengan kecoh sana sini, satu suara yang tenang dan berisi pun boleh buka mata ramai orang. Ammar mungkin masih muda, tapi dia dah tunjuk contoh bahawa kita semua boleh pilih untuk tak larut dalam isu remeh. Moga makin ramai remaja dan orang dewasa ambil contoh daripada kematangan dia ni.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top