Insiden menyayat hati melibatkan pempengaruh media sosial, Siti Jamumall yang diceraikan secara langsung ketika bersiaran di TikTok kini semakin membimbangkan apabila dia dilaporkan mengalami kemurungan serius dan trauma hingga perlu dirujuk kepada pakar psikiatri.
Menurut abangnya, Mohd Khairul Nizam Wahidin, adiknya kini hanya mengurung diri dalam bilik, menangis tanpa henti dan langsung tidak mahu menjamah makanan.
Keadaan mental Siti memang tidak berapa okay sekarang. Dia tak nak makan dan hanya berkurung dalam bilik.
Dia hanya menangis kerana teringatkan bayi dalam kandungannya macam mana selepas bersalin nanti.- Katanya kepada Harian Metro.
Katanya lagi, dia telah membawa Siti mendapatkan rawatan di hospital dan menerima nasihat daripada doktor psikiatri agar sentiasa menemani adiknya supaya tidak berdepan dengan bahaya kemurungan yang lebih teruk.
Doktor juga berpesan kepada saya dalam keadaan sekarang, Siti tidak boleh dibiarkan sendirian kerana dia dalam keadaan trauma dan kemurungan.- Tambahnya.
Kandungan lima bulan, bakal dapat anak perempuan…

Walaupun sedang berdepan tekanan emosi, hasil pemeriksaan kesihatan menunjukkan kandungan Siti yang kini mencecah lima bulan berada dalam keadaan baik.
Siti juga buat pemeriksaan kandungan ketika di hospital dan doktor beritahu kemungkinan dia akan dapat anak perempuan.
Dia juga beritahu berasa sebak kerana akan dapat anak perempuan kerana sudah ada dua anak lelaki sebelum ini.- Kata abangnya lagi.
Dalam pada itu, pihak keluarga turut memaklumkan sudah mengambil langkah merujuk kes perceraian tersebut kepada peguam syarie dan mahkamah untuk tindakan lanjut.
Untuk rekod, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26, sebelum ini tular apabila diceraikan oleh suaminya Khairul Aiman Abdul Kudus, 22, secara mengejut ketika mereka sedang melakukan siaran langsung di TikTok.
Pssttt! Apa yang berlaku kepada Siti Jamumall menjadi bukti bahawa kesihatan mental adalah sesuatu yang serius, apatah lagi apabila seseorang sedang hamil dan melalui trauma emosi yang mendalam. Jangan sesekali normalisasikan perbuatan menceraikan isteri secara terbuka tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap emosi dan psikologi mereka.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.