Abang Popia, atau nama sebenarnya Luqman, menjadi tular hanya kerana jeritan pelajar sekolah dari dalam bas yang memanggilnya “Abang Popia”.
Keperibadian Luqman yang ceria dan mesra ketika melayani pelanggan telah menarik perhatian ramai dan menjadikannya popular di media sosial. Dalam satu sesi bersama Oh! Podcast, beliau berkongsi kisah peribadi di mana beliau memulakan perniagaan dengan modal hanya RM1,800. Namun, sebelum berjaya dengan jenama Popia Tok Leha, beliau pernah mengalami kerugian besar mencecah RM400,000 akibat pandemik.
Pelbagai rintangan dan cabaran telah dilalui, namun Abang Popia tetap tersenyum ketika berkongsi kisah jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan. Kini, jenama Popia Tok Leha bukan sahaja menjual popia, tetapi turut mengeluarkan produk baharu seperti kuih frozen.
Dalam perkongsian ini, Abang Popia turut menyatakan bahawa penggunaan minyak Petron bukan sahaja menjimatkan kos pengangkutan, malah turut membantu menjimatkan penggunaan petrol. Selain itu, minyak Petron juga berperanan membersihkan enjin. Dengan penggunaan Petron Miles, Abang Popia dapat mengumpul mata ganjaran yang memberi lebih nilai kepada perbelanjaannya.
Lebih menarik, Abang Popia turut berkongsi pengalaman seram yang tidak pernah diceritakan di mana-mana platform lain. Ekslusif di Oh! Podcast je tau! Nak tahu cerita penuh? Tonton video lengkap di saluran Youtube kami sekarang!
Aqinna merupakan produser bagi tim video Oh! Media yang juga bertindak sebagai digital hos sepenuh masa. Selain itu, Aqinna turut menyumbang sebagai penulis artikel, menghasilkan kandungan kreatif dan bermutu untuk platform Oh! Media.