‘Abang sado’ amuk tunjal kepala pemandu wanita, siap maki hamun tepi jalan

‘Abang sado’ amuk tunjal kepala pemandu wanita, siap maki hamun tepi jalan

Seorang lelaki telah meradang kepada seorang pemandu wanita sehingga melakukan sentuhan fizikal apabila dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan memotong laluan kenderaan sewaktu menuruni Cameron Highlands, Pahang di Jalan Tapah – Cameron Highlands.

Perkara tersebut dikongsikan pengguna Facebook dikenali sebagai Aizacd Zack apabila memperlihatkan ‘abang sado’ terbabit telah menghampiri kenderaan dipandu seorang wanita sebelum memarahinya.

Bengang apabila pemandu wanita itu menjawab, lelaki terbabit dengan kasar telah menunjal kepala wanita terbabit dan memaki hamun dengan bahasa yang kasar.

 

Disebabkan itu, pengguna Facebook tersebut telah meminta bantuan orang ramai untuk mencari siapakan lelaki terbabit kerana ingin ‘berkenalan’ dengannya.

“Mohon sesiapa yang mengenali insan ini, minta PM saya. Sebab saya teringin nak kenal dengan dia,” tulisnya.

Video yang berdurasi 59 saat itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata warganet turut berang dengan tindakan kasar yang dilakukan lelaki terbabit.

Mereka juga beranggapan bahawa dia mungkin hanya berani dengan pemandu wanita sahaja sehingga tergamak melakukan kekerasan kepada orang lain.

 

 

 

 

Buat masa ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak berkuasa walaupun laporan polis telah dibuat berikutan tindakan tersebut.

Sumber: Facebook Aizacd Zack

 

Scroll to Top