Abang Tesla sindir netizen, ‘tak shaking’ pula isu Hot Daddy -“Siap wish good luck!”

Abang Tesla sindir netizen, ‘tak shaking’ pula isu Hot Daddy -“Siap wish good luck!”

Abang Tesla sindir netizen susulan ada sesetengah pihak yang seakan menyokong perbuatan seorang lelaki dipercayai ‘gigolo’ yang baru-baru ini ditahan pihak berkuasa dipercayai melakukan aktiviti persundalan termasuk menjual konten tidak senonoh.

Tiada yang buat video ‘shaking’ sebab marah pula

Ujarnya, tindakan sesetengah pihak yang menyerangnya sewaktu berpoligami dilihat berat sebelah kerana dia dihentam teruk walaupun tidak melakukan perkara yang salah.

Hal tersebut berbeza dengan lelaki dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ apabila siap diberikan ‘gift’ sewaktu bersiaran langsung selepas dibebaskan dengan ikat jamin dari tahanan polis berhubung kes tidak bermoral.

“Mana haritu yang shaking. 20 orang yang berlakon kau tak shaking. Yang aku dua orang korang shaking pulak. Mana pergi? Siap wish good luck semua,”ujarnya.
@abg.tesla

Ramai ke yang shaking ?? 🤣 #abgtesla

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Abang Tesla sindir netizen, benda sekarang dah terbalik

Pemilik nama sebenar, Khaliltizam Yusri itu mengatakan seperti dunia ini sudah terbalik kerana mengangkat orang yang sebegitu tetapi dirinya dihentam teruk sewaktu viral dahulu.

” Benda sekarang dah terbalik la. Orang yang tak betul korang pergi angkat. Aku ni korang tendang sampai nak jatuh gaung haritu,” katanya.

Artikel lain: Hot Daddy jadi tetamu podcast, netizen anggap promosi zina

Abang Tesla sindir netizen sebab Hot Daddy siap dipanggil buat podcast

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan beberapa gambar Hot Daddy yang dipercayai dijemput oleh pihak sebuah podcast bagi sesi temubual.

Susulan daripada itu, pihak Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor telah bersuara dengan berharap agar pihak kerajaan mengambil tindakan ke atas penganjur podcast tersebut.

Kredit foto: IG brosgangtv

Menteri Agama juga, YB Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berharap para pempengaruh bertanggungjawab agama dan negara berhubung konten yang dibuat kerana boleh mempengaruhi banyak pihak.

Namun begitu, pihak podcast yang mengundang ‘gigolo’ berkenaan menafikan dakwaan mereka menyokong tindakan dilakukan individu itu.

Sumber: TikTok abg.tesla