Siapa tidak kenal dengan Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva yang sebelum ini popular dengan misi bantuan banjir.
Namun, baru-baru ini, beliau menarik perhatian netizen bukan kerana aktiviti sukarelanya tetapi kisah peribadinya yang cukup menyentuh hati.
Luahan hati Abang Viva – “Ikhlaskan yang sudah pergi”

Dalam satu perkongsian di TikTok, Azwan memuat naik status yang memberi gambaran bahawa perkahwinannya telah berakhir.
Menerusi video yang dimuat naik, Azwan meluahkan perasaannya dengan kata-kata penuh emosi:
Pesan pada hati, ikhlaskan yang sudah pergi. Memang sakit untuk dinikmati, tapi sesakit mana pun, itulah realiti. Hidup perlu diteruskan. Slow-slow kawan, kita berjuang untuk perasaan ini.
Dalam satu mesej yang dikongsikan, beliau menjelaskan bahawa perkahwinannya tidak dapat diselamatkan dan akhirnya memilih jalan untuk berpisah.
Sah sudah bercerai

Netizen yang mengikuti perkembangannya turut bersimpati dengan situasi yang dihadapinya dan ramai yang memberikan kata-kata semangat untuk beliau terus kuat.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen menzahirkan sokongan buat Abang Viva untuk terus tabah menghadapi ujian ini.
