Abby Abadi Mohon Dikuatkan Iman Berdepan Ujian Hidup, Minta Anak-Anak Jaga Diri – “Cinta & Kasih Mama Tak Terbanding”

Abby Abadi Mohon Dikuatkan Iman Berdepan Ujian Hidup, Minta Anak-Anak Jaga Diri – “Cinta & Kasih Mama Tak Terbanding”

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menitipkan pesan buat anak-anaknya sekaligus memohon agar sentiasa dikuatkan iman berdepan ujian hidup.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata, dia percaya akan ada hikmah disebalik ujian dan dugaan yang menimpa keluarganya.

“Jaga diri anak-anak, walau dimana saja berada. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk  anak-anak Mama.

“Mana yang  rasa tersalah langkah tu, masih ada ruang untuk  berpatah balik… Insyaa-Allah, Mama sangat-sangat pasti  ada yang lebih baik menanti.

“Kuatkan iman untuk terus berdepan dengan ujian kehidupan. Mama tak dapat nak selalu ada disisi adik dan baby.. Tapi,  ketahuilah cinta dan kasih sayang Mama pada anak-anak tak terbanding dengan apa yang ada di dunia yang fana ini.

“Doakan Mama, Abah dan Adik-adik ya. Doakan kita semua dapat bersama hingga ke syurga firdausi,” katanya.

Dalam hantaran sama juga, Abby turut berkongsi beberapa foto bersama anak perempuannya, Marissa Dania Hakim  dan  Maria Danisha Hakim.

Scroll to Top