Abdul Aziz dilantik Komisioner Jeneral Penjara baharu berkuat kuasa hari ini

Abdul Aziz dilantik Komisioner Jeneral Penjara baharu berkuat kuasa hari ini

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Datuk Abdul Aziz Abdul Razak dilantik Komisioner Jeneral Penjara baharu berkuat kuasa hari ini.

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan memaklumkan Abdul Aziz yang berusia 58 tahun memulakan perkhidmatan pada 1990 sebagai Pegawai Penjara dengan jawatan Timbalan Penguasa Penjara.

“Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi Sumber dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Ijazah Sarjan Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Ijazah Sarjana dari Universiti Malaya (UM).

“Dalam tempoh 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting seperti Pengarah Penjara Bentong, Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan dan Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan),” katanya.

Menurut kenyataan itu, jawatan terakhir sebelum dilantik sebagai Komisioner Jeneral Penjara adalah sebagai Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional).

“Semoga pengalaman, kemahiran dan kepimpinan beliau akan dapat meneruskan kecemerlangan Jabatan Penjara Malaysia selari visi dan misi jabatan dengan memenuhi pendekatan Malaysia Madani serta bertepatan dengan agenda Reformasi Perkhidmatan Awam,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top