Oh! Artis
AC Mizal beri penjelasan isu hak cipta konsert 4U2C dan tegaskan semuanya diurus pihak bertanggungjawab.
Seperti yang diumumkan baru-baru ini, kumpulan 4U2C bakal melangsungkan konsert mega yang dirancang pada 15 September depan.
Tetapi, muncul pula isu tidak sedap melibatkan hak cipta lagu yang akan dipersembahkan nanti.
Isu ini timbul selepas komposer dan pemegang hak cipta lagu-lagu 4U2C, Man Senoi dan isteri, Mama Rap memaklumkan bahawa mereka tidak dihubungi mengenai penganjuran konsert tersebut.
Fokus pada persembahan, bukan isu lain

Memetik laporan Harian Metro, anggota 4U2C, AC Mizal berkata, mereka telah melantik pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan semua urusan berkaitan konsert bagi mengelakkan sebarang isu.
Saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu kerana saya sendiri sudah lama tidak ada sebarang kaitan dengan mereka.
Jelasnya, fokus mereka sekarang hanyalah kepada konsert dan urusan lain akan dikendalikan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Tambah AC lagi, mereka juga akan mempersembahkan tiga lagu baharu dalam konsert tersebut dan yakin tidak akan timbul sebarang masalah kerana semuanya telah diuruskan dengan baik.
Kita juga ada banyak lagu yang akan dipersembahkan, termasuk tiga lagu baharu dan sebagainya. Jadi, bagi saya tiada sebarang masalah kerana semuanya diuruskan dengan baik oleh pihak berkenaan.
Latihan intensif demi persembahan terbaik

Kini, kumpulan yang turut dianggotai oleh Aren, Yanz, Rinz, Lanz dan Charlie itu sedang menjalani latihan secara intensif bagi memperkemas persembahan mereka.
Sementara itu, anggota 4U2C, Yanz berkata konsert tetap akan diteruskan dan isu yang dibangkitkan ini langsung tidak menjejaskan fokus mereka.
Pssttt! Pasti ramai tak sabar nak tengok 4U2C comeback kan, jadi harapnya isu ini selesai cara baik.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.