AC Mizal Dakwa Difitnah Isu Gaji, Bekas Pekerja Tempelak, “Baca Skrip Nampaknya!” | Oh! Media

AC Mizal Dakwa Difitnah Isu Gaji, Bekas Pekerja Tempelak, “Baca Skrip Nampaknya!” | Oh! Media

Pengacara terkenal, Dato’ AC Mizal, kini berdepan kontroversi selepas didakwa tidak membayar gaji bekas pekerja di stesen televisyen miliknya.

Namun, menerusi kenyataan rasmi di media sosial SUKE TV, AC Mizal menafikan tuduhan tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah.

Bekas staf beri respon ‘pedas’ selepas dengar penjelasan AC Mizal…

Respon AC Mizal mendapat perhatian bekas pekerja, termasuk personaliti televisyen, Myra Khan, yang memuat naik tangkapan layar kenyataan tersebut di Instagram dengan kapsyen ringkas tetapi sinis, “Baca skrip nampaknya.”

Malah, beberapa individu lain yang pernah bekerja di stesen televisyen itu turut tampil mempersoalkan kenyataan AC Mizal.

Pengacara Deerina Sheikh, misalnya, menegaskan keluarganya menjadi saksi betapa gajinya tertunggak berbulan-bulan.

Selama saya bekerja pun family saya menjadi saksi gaji tertunggak berbulan. Tak baik cakap family saya fitnah.- Tulisnya di Insta Story.

AC Mizal bertegas ada bukti

Meskipun pelbagai tuduhan dilemparkan, AC Mizal kekal dengan pendiriannya bahawa dakwaan itu tidak berasas.

Beliau mendakwa pihaknya memiliki bukti kukuh yang akan dibawa ke muka pengadilan bagi membersihkan namanya.

BACA: AC Mizal Nafi SUKETV Tidak Bayar Gaji Perkerja, Arah Peguam Ambil Tindakan

Kontroversi ini mencetuskan perdebatan hangat, dengan ramai netizen menyuarakan pandangan mereka, sama ada menyokong AC Mizal atau bekas pekerja yang mendakwa menjadi mangsa.

#OhmediaNasihat

Menangani isu seperti ini memerlukan ketelusan dan penyelesaian yang adil. Jika benar wujud salah faham, bukti dan penjelasan secara terbuka adalah langkah terbaik.

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang profesional dan menjaga maruah semua pihak.


Scroll to Top