Acah2 CEO Megah Holding, Mustapha Kamal ‘sempoi’ layan peminat

Acah2 CEO Megah Holding, Mustapha Kamal ‘sempoi’ layan peminat

Nama Datuk Paduka Mustapha Kamal rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sinonim dengan membawakan watak-watak koporat, pelakon senior ini masih lagi relevan di kaca televisyen.

Beliau juga sering dipanggil ‘papa’  dan ‘pemilik Megah Holding’ oleh peminat berikutan kerap kali menjadi seorang ayah yang memiliki kekayaan di dalam drama.

Mustapha juga dilihat tidak terasa hati dan melayan sahaja kerenah peminat yang kebanyakkannya orang muda.

Menerusi perkongsian seorang pengguna aplikasi TikTok dikenali sebagai @pojanahayat, dia telah berpeluang bertemu dengan aktor senior itu dan berseloroh mengenai watak berkenaan.

@pojanahayat

Part 1 jumpa papa mintak 1 juta 😂 @mustaphakamaal

♬ original sound – Pojanahayat – Pojanahayat

 

Apa yang menariknya, Mustapha Kamal dengan ‘sempoi’ melayan sahaja peminatnya dan berlagak seperti seorang ‘papa’. Beliau juga melontarkan dialog-diolag yang orang ramai mahu dengar sama seperti dalam drama di kaca televisyen yang dilakonkan olehnya.

 

Sumber: TikTok @pojanahayat

Scroll to Top