ACLE: JDT mara ke suku akhir

ACLE: JDT mara ke suku akhir
ACLE: JDT mara ke suku akhir

JDT melakar sejarah mara ke suku akhir ACL Elite 2025/26 selepas menang dengan agregat 3-2 ke atas Sanfrecce Hiroshima hari ini – Foto: FB JOHOR Southern Tigers

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACL Elite) 2025/26 selepas menang dengan agregat 3-2 ke atas Sanfrecce Hiroshima hari ini.

Meskipun tewas 0-1 pada aksi kedua pusingan 16 terbaik di Stadium Edion Peace Wing Hiroshima, JDT melakar kejayaan itu selepas mencatat kemenangan 3-1 pada pertemuan pertama di Stadium Sultan Ibrahim pada 4 Mac lepas.

Pada perlawanan hari ini, kelab Jepun itu melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu JDT untuk memburu gol, namun kekebalan benteng pasukan pelawat menyaksikan babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.

Pada babak kedua, percubaan pasukan tuan rumah untuk mencari gol terus buntu apabila serangan yang diaturkan acapkali dipatahkan pertahanan JDT.

Sanfrecce Hiroshima bagaimanapun dihadiahkan sepakan penalti pada penghujung perlawanan selepas bola terkena pemain tengah JDT Nene.

Peluang itu nyata tidak disia-siakan apabila Kosuke Kinoshita tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk menghadiahkan kemenangan 1-0 kepada tuan rumah.

Bagaimanapun kemenangan itu tidak cukup melayakkan Sanfrecce Hiroshima ke suku akhir selepas tewas dengan agregat 3-2.

Bagi JDT pula, kejayaan mara ke suku akhir adalah pencapaian terbaik kelab dari Malaysia sejak kejohanan itu dijenamakan semula pada 2023. – Bernama

Ringkasan AI

  • Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite 2025/26
  • Menang agregat 3-2 ke atas Sanfrecce Hiroshima
  • Tewas 0-1 pada aksi kedua tapi menang 3-1 pada pertemuan pertama
  • Kekebalan pertahanan JDT menghalang gol berlebihan daripada Sanfrecce Hiroshima
  • Kemenangan ini adalah pencapaian terbaik kelab dari Malaysia sejak kejohanan itu dijenamakan semula pada 2023
Scroll to Top