Isu Thalita gagal menahan sebak ketika Marsha menyanyikan lagu Hening Rindu di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) masih belum reda selepas ada invidu menyiftakan tindakan Thalita itu sebagai ‘over’.
Menerusi perkongsian di X, pengguna media sosial tersebut meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas wajah anak pelawak tersebut menangis ditayangkan di kaca televisyen.
“Satu lagi penting sangat ke kalau anak Shuib sedih sampai kau nak tunjuk muka dia berkali-kali?
“Aku bukan nak tengok dia sedih, aku nak tengok Marsha, dia yang penting,” ciapnya yang juga turut melemparkan kata kesat terhadap jurukamera terlibat.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan balas, rata-rata warrganet tampil mempertahankan Thalita apabila menjelaskan bahawa lagu tersebut mungkin berkait dengan hidupnya.
Terdahulu, reaksi Thalita menuai sorotan selepas dia dilihat gagal menahan sebak ketika Marrsha membuat persembahan menerusi lagu, Hening Rindu.