Ada yang kecam Nadhir Nasar

Ada yang kecam Nadhir Nasar

KALAU tak silap, pelakon lelaki kesayangan ramai, Nadhir Nasar, baru-baru ini telah mencuri tumpuan ramai kerana menggayakan gelang tangan berwarna-warni. 

Alahai, gelang tangan yang orang putih sebut sebagai friendship bracelet atau gelang persahabatan itu. 

Lazimnya, gelang itu diberikan sebagai tanda persahabatan atau kenangan istimewa. Jadi, ini bermakna, apa yang digayakan oleh Nadhir itu adalah pemberian daripada peminat peminatnyalah. 

Hal itu turut diakui oleh pelakon ini yang berkata, dia pakai gelang itu sebagai satu tanda penghargaan atas sokongan peminat diberikan selama ini. 

Kata Nadhir, peminatnya memang suka bagi gelang tangan itu dan sebagai tanda penghargaan tak salah pun jika dia pakai dan gayakan. 

Tak silap Cik Bunga, ada antara gelang tangan itu tertera perkataan Lucky Boy yang merujuk kepada nama pengenalan Nadhir juga di media sosial. Ya, Cik Bunga tidak nafikan, perbuatan Nadhir itu ‘comel’ sebab dia tak kisah hendak gayakan pemberian peminat. Tetapi tidak semua menerima kenyataan itu dengan baik. 

Ada segelintir netizen mengkritik penampilan Nadhir, dengan menyatakan bahawa pemakaian gelang seperti itu dianggap tidak sesuai untuk lelaki. Malah, ada yang mendakwa aksesori sebegitu menyerupai gaya wanita, sekali gus menimbulkan perdebatan di media sosial. 

Tetapi hal ini pun subjektif. Bukannya Nadhir pakai gelang emas. Yang itu sah-sahlah tidak dibolehkan di sisi Islam. 

Ini sekadar gelang plastik dan daripada benang-benang yang dikait. Bagi Cik Bunga usahlah lekas menghukum Nadhir. 

Selama ini pun rasanya Nadhir tak pernah ada kontroversi mengarut. Sejak mula mencipta nama, dia dikenali dengan sikap rendah diri, tidak mencipta kontroversi murahan, dan sentiasa menunjukkan mutu lakonan yang berkualiti.

Maka, rasanya tidak wajar jika hanya kerana seutas gelang, keperibadiannya dipersoalkan. Betul tak?

Scroll to Top