Pelakon Sophia Albarakbah membuat laporan di Balai Polis Travers petang tadi atas kes buli siber dan gangguan seksual.
Memetik mStar Online, Sophia yang hadir bersama peguamnya, Aizat Azam yang memberitahu komen yang diterima bukan saja berbaur penghinaan tetapi ugutan seksual secara terbuka.
BACA: Sophia Albarakbah Lapor Polis Isu Buli Siber, Gangguan S*eksual
“Kami buat laporan polis berhubung kejadian bulit siber yang melibatkan penghinaan, unsur lucah serta ugutan seksual terhadap Sophia.
“Semua ini berlaku selepas dia memengnai Anugerah Selebiti Feminin. Setakat ini lebih 10 tangkap layar telah diambil sebagai bahan bukti,” katanya.
Menurut Aizat lagi, anak guamnya turut mengalami tekanan emosi sehingga menganggu fokus kerja akibat komen-komen negatif netizen.
“Ini soal mempertahankan maruah seorang wanita. Ugutan yang diterima juga membimbangkan daripada segi keselamatan, bukan saja secara fizikal malah ada yang mahu menghantar santau,” katanya.
Dalam pada itu, katanya lagi pihaknya membuat laporan polis namun jika ianya berlarutan mereka tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Sumber: mStar Online