‘Adab bentuk keperibadian’ – Pesuruhjaya Kehakiman beri pesanan buat Akmal

‘Adab bentuk keperibadian’ – Pesuruhjaya Kehakiman beri pesanan buat Akmal

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Melaka, Isa Ibrahim memberikan teguran tegas kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi alasan penghakiman penuh yang dikeluarkan pada Selasa, dengan mengingatkan bahawa “Manners maketh man” (Adab membentuk keperibadian).

Menurut laporan Malaysiakini, peringatan itu terkandung dalam penghakiman berhubung kes saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terhadap Akmal susulan pertikaian di media sosial mengenai cadangan kerajaan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi perniagaan tertentu.

‘Adab bentuk keperibadian’ – Pesuruhjaya Kehakiman beri pesanan buat Akmal

Pertikaian undang-undang yang berlarutan selama dua tahun itu berakhir dengan keputusan memihak kepada Kok semalam, apabila mahkamah mengarahkan Akmal membayar ganti rugi serta kos perundangan berjumlah RM300,000.

Selain itu, Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Merlimau diperintahkan memadamkan semua kenyataan yang menjadi pertikaian daripada akaun media sosialnya.

Mahkamah turut melarang beliau daripada menerbitkan semula kenyataan berunsur fitnah berkenaan atau menggunakan perkataan lain yang membawa maksud serupa.

Sumber: Malaysiakini

Scroll to Top