“Adab kena jaga, tiada istilah B40 atau T20…”- Nasihat Hattan kembali tular

“Adab kena jaga, tiada istilah B40 atau T20…”- Nasihat Hattan kembali tular

Nama penyanyi veteran, Datuk Hattan bertambah panas apabila video lamanya menitipkan pesanan kembali tular apabila ia dimuat naik oleh pengguna platform TikTok, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin meninggalkan pesanan kepada semua orang agar menjaga adab dan perilaku apabila sedang berkomunikasi dengan seseorang tentang sesuatu perkara.

Hattan turut memberi contoh terdekat yang mudah difahami orang ramai seperti mengucapkan

“Tiada masa depan itu, tiada hal. Tetapi adab itu, adab itu kena jaga..contohnya bila tanya ‘Ayah ada tak?’ lalu dijawab ayah tiada, tak bekerja.
“Tanya ‘Emak ada?’ dijawab emak tiada. Bila makna emak tiada maknanya emaknya sudah meninggal dunia.
“Tiada langsung rasa sensitif nak ucap takziah ‘innalillahiwainnailaihirojiun’ bila budak tu cakap emak dah tiada.,”ujarnya.

Jelas penyanyi berusia 59 tahun, semua orang layak mendapatkan layanan sama rata tanpa mengikut jurang perbezaan kekayaan seseorang kerana setiap yang ‘pergi’ pasti akan berkongsi pakaian terakhir yang sama.

“Jadi, kita ni suka profesor kayangan lah, ada PHD, jadi dia patutnya berhemah dalam benda-benda macam tu.
“Bagi saya tiada istilah B40, T20.. esok kita kat kubur B40 juga yang menolong, kemalangan atau apa-apa sahaja. Jadi sebenarnya dalam kubur tu, kita pakai kain putih saja..
“..kau tak percaya tengok semasa kita pergi menunaikan haii dan umrah, semuanya putih, tiada beza B40 atau T20,”ujarnya.
@kea_mashop

#fypシ

♬ bunyi asal – kea_Ma – kea_Ma

Sementara itu, pelatun lagu Gadis Jolobu memuji tindakan tenaga pengajar namun bukan cara yang dilakukannya oleh seorang pensyarah yang suatu ketika dahulu tular ‘menghina’ siswa B40.

Terkena kat hidung sendiri

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai di mana rata-rata warganet mengatakan segala nasihat yang dititipkan oleh Hattan itu kembali ‘kena’ pada batang hidungnya.

Sumber: TikTok @kea_mashop