“Adakah Wak Doyok Tu Terpaling Hensem Dekat Malaysia Sampai Boleh Hodohkan Orang?”

“Adakah Wak Doyok Tu Terpaling Hensem Dekat Malaysia Sampai Boleh Hodohkan Orang?”

Sebelum ini, pempengaruh media sosial Wak Doyok turut mengecam tindakan aktivis kemanusiaan, Haroqs susulan tindakannya mencampak coklat di laut.

Menurut Wak Doyok, tindakan berkenaan kerana boleh mengancam ekosistem dan kehidupan laut.

BACA: “Tegur Boleh Bukan Menghina” – Wak Doyok Dikecam Gelar Haroqs B*doh, Tak Handsome

Bagaimanapun, ramai yang kurang senang dengan kenyataan Wak Doyok itu yang didakwa melakukan ‘face shaming’ dan boleh saja memberi teguran dengan bahasa lebih elok.

Kenyataan itu turut mendapat perhatian aktivis dan pelakon Nadzmi Adhwa yang mempersoalkan kenyataan Wak Doyok yang begitu mudah menghina rupa paras orang lain.

“Nak tanya ni adakah Wak Doyok tu terpaling hensem kat Malaysia ni sampai boleh hodohkan orang dan burukkan orang sesuka hati? Tanya dengan nada ingin tahu,” tulisnya.

Terdahulu, Haroqs memohon maaf susulan tindakannya serta mengakui ianya kurang cerdik, namun dia hanya berharap Allah menyampaikan coklat ini ke anak anak di G.


Scroll to Top