Adam Adli Dedah Lebih 400k Peminjam Masih Culas Bayar PTPTN

Adam Adli Dedah Lebih 400k Peminjam Masih Culas Bayar PTPTN

Oh! Negara

Sekatan ke luar negara melibatkan peminjam berpendapatan tinggi bukan yang baru habis belajar.


Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim hari ini memaklumkan seramai 417,158 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) culas membayar balik hutang mereka.

Jelasnya, sebanyak 0.7 peratus daripada jumlah itu telah disenarai hitam dan dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara.

Peminjam berpendapatan tinggi, culas bayar hutang disekat ke luar negara

Adam Adli

Namun begitu, sekatan ini hanya melibatkan peminjam berpendapatan tinggi yang benar-benar culas, dan bukannya mereka yang baru menamatkan pengajian atau masih belum ada pendapatan tetap.

Kerajaan sentiasa prihatin mengenai beban hutang serta kesukaran graduan dalam membuat bayaran balik pinjaman mereka sekiranya tidak berkemampuan.

Menurut beliau, sehingga kini, sebanyak RM77.5 bilion telah disalurkan kepada lebih 4.26 juta pelajar IPT di seluruh negara melalui pinjaman PTPTN.

Dalam masa sama, kerajaan juga telah memulakan program pendidikan percuma yang melibatkan seramai 13,000 pelajar daripada golongan memerlukan.

Bukan sekadar hapus hutang, tapi usaha sedia pendidikan percuma

Adam Adli

Tambahnya, semua blok politik di Dewan Rakyat sebenarnya mempunyai hasrat yang sama, iaitu ingin menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia.

Katanya, bukan sekadar menghapuskan hutang semata-mata, tetapi usaha yang lebih besar kini sedang dilaksanakan dengan memperkenalkan pengajian tinggi percuma, pengurangan yuran universiti, serta diskaun atau fleksibiliti bayaran.

Namun, semua ini memerlukan lebih daripada sekadar tekad politik, ia juga memerlukan keupayaan fiskal yang kukuh.

Pssttt! Dalam isu panas macam ni, kenyataan Adam Adli bunyinya rasional dan adil. Tak semua peminjam terus dihukum, tapi yang mampu tu… janganlah buat tak tahu. Kalau betul nak capai impian pendidikan percuma, kita semua kena main peranan. Bukan kerajaan je.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top