Adam Lee gembira selepas kahwin, rasa kekok tinggal serumah dengan isteri

Hampir sebulan bergelar suami, aktor Adam Lee mengakui banyak perkara baru dilaluinya selepas mendirikan rumah tangga dengan aktres Sweet Qismina.

Menurut laporan Xtra, pelakon berusia 28 tahun itu berkata, kehidupannya kini lebih gembira apabila sentiasa ditemani isteri namun berasa agak kekok kerana tinggal di bawah satu bumbung.

Adam berkata, perkenalan dengan Sweet dalam tempoh empat tahun tidak mencukupi sekali gus semakin dapat mempelajari benda baru sebagai pasangan suami isteri.

“Bila dah satu rumah dia jadi macam something yang ‘kenapa Sweet kat sini?’. Dia jadi awkward dan malu sedikit.
“Biarpun dah empat tahun berkawan dan bercinta tetapi dia jadi benda yang baru bagi saya, ini jujur daripada hati dan bagi saya kahwin ini sangatlah seronok sebab kita dah ada keluarga sendiri,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai cahaya mata, pelakon drama Budak Tebing itu belum mempunyai perancangan tetapi menerima dengan hati terbuka sekiranya dikurniakan rezeki zuriat.

“Saya tak merancang. Kalau Allah SWT izinkan untuk saya dapat anak, dapatlah,” ujar Adam atau nama penuhnya Muhamad Arif Adam Mohammad Fadlee.

Untuk rekod, pasangan tersebut berkahwin pada 24 Oktober lalu di The Boathouse, Tasik Ampang  selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Sumber: Xtra (Halimey Zamal) , Instagram Adam Lee