“Adik Beradik Dan Sepupu” – Tiga Kanak-Kanak Rentung Dalam Kebakaran 202 Rumah Atas Air Di Kota Kinabalu

“Adik Beradik Dan Sepupu” – Tiga Kanak-Kanak Rentung Dalam Kebakaran 202 Rumah Atas Air Di Kota Kinabalu

Oh! Tidak

Tiga kanak-kanak rentung dikenal pasti sebagai dua beradik dan sepupu.

Tiga kanak-kanak yang terkorban dalam kebakaran besar di Kampung Lok Buta, Sabah dikenal pasti mempunyai hubungan kekeluargaan rapat.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, dua daripada mangsa merupakan adik-beradik manakala seorang lagi adalah sepupu mereka.

Identiti tiga mangsa dikenal pasti

Kredit foto JBPM Sabah

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah JBPM Sabah, Mohd Pisar Aziz memaklumkan tiga mangsa tersebut ialah Mohd Asrul Abdullah, enam tahun ; Nana, empat tahun dan Nurfarahdilah Mohd Tajihah berumur lapan tahun.

Mohd Asrul dan Nana adalah adik beradik dan Nurfarahdilah adalah sepupu dua beradik tersebut.

Kredit foto JBPM Sabah

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 202 rumah setinggan atas air di Kampung Lok Buta musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 1.30 pagi Ahad.

Pihak berkuasa kini sedang meneliti jumlah sebenar rumah yang terjejas dan perkembangan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top