Biarpun bergelar seorang dewasa, itu tidak menghalang seseorang untuk melakukan perkara yang bersifat kebudak-budakan.
Begitulah seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok ini berkenaan telatah adik-beradiknya yang seronok bermain lumpur walaupun sudah dewasa.
Menerusi video berkenaan, adik-beradik ini kelihatan begitu gembira dapat bermain lumpur bersama di 1 kawasan bukit.

@sharifdaznisuhaimi main lumpur gais😂 @faisal.suhaimi @faizaldanialsuhaimi
♬ original sound – SHARIF DAZNI SUHAIMI – SHARIF DAZNI SUHAIMI
Bagaimanapun, perbuatan mereka terhenti apabila diketahui oleh si ayah dan mereka serta-merta berlari lintang pukang cuba menyelamatkan diri daripada dimarahi ayah.
Apa yang lebih menggelikan hati adalah apabila mereka berlari pulang ke rumah dengan badan dipenuhi lumpur. Sebaik tiba di rumah, mereka segera membersihkan diri bagi menyembunyikan perbuatan ‘nakal’ sebelum si ayah pulang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur menyaksikan gelagat adik-beradik tersebut. Malah pada awalnya, ada juga yang menyangka mereka adalah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain lumpur.








Sumber: TikTok @sharifdaznisuhaimi
Â




