Adik Fattah Amin Nafi Ibu Kata Fatima Tak Pandai, Tak Comel

Adik Fattah Amin Nafi Ibu Kata Fatima Tak Pandai, Tak Comel

Adik kepada pelakon Fattah Amin iaitu Raihan Amin mempertahankan ibunya, Azizah Abd Ghani susulan video luahan Fatima.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang pengguna ada memuat naik komen yang dibalas oleh Raihan sendiri mengenai isu berkenaan.

BACA: Amira Othman Kantoi Tahu Password Telefon Fattah Amin

Raihan menafikan perkara tersebut serta mengatakan ibunya menyayangi semua cucu dan tidak pernah mengajar bercakap perkara tidak baik serta menipu.

Terdahulu, tular Fatima meluahkan kepada ibunya, Fazura dimana anaknya berkata dirinya tidak comel dan tidak pandai.

Fazura yang terkejut mendengar terus bertanyakan siapa yang mengatakan Fatima semikian dan anaknya menjawab ‘Nenda’. 

Bagaimanapun, Fazura membalas tidak mungkin ibu Fattah Amin  akan berkata sedemikian kepada Fatima.


Scroll to Top