Adik kepada pelakon popular Fattah Amin iaitu, Raihan Amin tampil bersuara mempertahankan ibu mereka, Azizah Abd Ghani, susulan dakwaan kononnya wanita itu menggelar cucunya, Nur Fatima Aisya, sebagai tidak pandai dan tidak cantik.
Menerusi komen balas yang ditinggalkan seorang individu wanita di ruangan Instagram, dia bertanyakan kepada Raihan sama ada benar atau tidak ibunya itu melakukan perkara sedemikian.
Bagaimanapun, Raihan akhirnya bersuara sekaligus menafikan dakwaan tersebut.
Tegasnya, ibunya itu seorang yang sangat menyayangi semua cucunya malah, tidak pernah mengajar bercakap perkara-perkara yang tidak baik apatah lagi menipu.
Bahkan, ibunya sentiasa memuji Fatima kerana bijak dan pandai bertutur dalam bahasa Inggeris.
Terdahulu, tular sepotong video pendek memperlihatkan Fazura sedang memandu kereta sebelum terjadinya perbualan antara dirinya dan anaknya, Fatima.
Menerusi video tular berkenaan, Fatima berkata, nenda (ibu kepada Fattah Amin) melabel dirinya sebagai seorang yang tidak cantik dan tidak pandai.
Bagaimanapun Fazura menepis kenyataan anaknya itu apabila memaklumkan, ibu kepada Fattah tidak akan berkata sedemikian.
Sumber: Thread