Isu melibatkan pelakon Que Haidar kembali hangat apabila adiknya, Tengku Dayangku Nazira tampil memberi respon terhadap kenyataan bekas kakak iparnya, Linda Jasmine berhubung punca perpisahan mereka.
Tegur tindakan Linda
Menerusi perkongsian di TikTok Story, Dayangku dilihat membidas kenyataan tersebut dan menegur tindakan Linda yang didakwa melemparkan fitnah terhadap keluarganya.
“Saya malas nak buka aib orang tapi kalau saya dah buka, awak malu sampai tak keluar nanti. Malu nak jumpa media.
Sabar orang ada limit jadi berpada-pada buat cerita tu. Saya sabar sebab abang saja, kalau ikutkan hati dah lama tersebar aib awak tu.
‘Jangan risau, orang tidak bodoh. Cepat atau lambat semua orang akan tahu siapa yang jahat’.
Kalau tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam daripada menyakiti orang lain dengan fitnah,” tulisnya.

Keluarga layan bekas kakak ipar baik
Dalam masa sama, Dayangku turut meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan bekas kakak iparnya itu serta menegaskan bahawa keluarganya telah melayan Linda dengan baik sepanjang tempoh hubungan mereka dahulu.
“Yang sebarkan fitnah, bersedialah untuk jawab di akhirat, Hati-hati ya semua.
“Kami sekeluarga layan dia sebaik-baiknya, tak sangka difitnah sebegini.
“Terima Kasih bekas kakak ipar atas fitnah yang disebar. Semoga Allah membalas,” ujarnya.

Sebelum ini, isu perceraian antara Que dan Linda kembali menjadi perhatian selepas Linda mendakwa perpisahan mereka berlaku demi melindungi anak-anak daripada perkara tidak baik.
Namun, kenyataan tersebut tidak diperincikan dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen serta ahli keluarga.
Sumber: TikTok Dayangggg




