Adira kongsi foto bersama jejaka misteri, beri bayangan sudah dimiliki

Adira kongsi foto bersama jejaka misteri, beri bayangan sudah dimiliki

Kuala Lumpur : Perkongsian foto seorang lelaki segak berbaju Melayu kuning oleh penyanyi Adira Suhaimi di Instagram Story (IGs) mencuri perhatian ramai, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai status hatinya ketika ini.

Menerusi perkongsian itu, Adira dilihat memuat naik foto seorang lelaki tinggi lampai mengenakan busana Melayu rona kuning.

Namun, wajah lelaki berkenaan tidak didedahkan sepenuhnya, manakala gambar mereka turut diambil secara berasingan.

Tindakan Adira merahsiakan identiti lelaki tersebut menguatkan lagi spekulasi dalam kalangan peminat, apatah lagi ia dikongsi secara terbuka di media sosial.

Rata-rata pengikut meluahkan keterujaan dan mula membuat andaian tersendiri.

“Ini betul-betul jodoh lebaran,” komen seorang peminat.

“Sejujurnya, alhamdulillah Adira terus pandang ke depan,” ujar seorang lagi.

Beberapa hari sebelum Syawal, Adira turut berkongsi foto bersama lelaki sama serta anak-anaknya dari arah belakang ketika menyaksikan pertunjukan bunga api, sekali gus menambah teka-teki dalam kalangan peminat.

Sebelum ini, Adira pernah berkahwin dengan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Selepas sembilan tahun melayari rumah tangga, penyanyi itu memfailkan perceraian pada Oktober 2023 dan disahkan berpisah pada April 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 8; Asan, 7; Anggun, 6; dan Ayob, 3.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top