Oh! Artis
Adira terkejut bekas suami didakwa fail pengesahan rujuk tanpa pengetahuannya dan kini serah sepenuhnya kepada peguam.
Penyanyi Adira mengakui dirinya terkejut selepas dimaklumkan bahawa bekas suaminya, Datuk Red didakwa telah memfailkan pengesahan rujuk tanpa pengetahuannya. Perkara itu hanya diketahui selepas peguam memaklumkan kepadanya.
Situasi tersebut berlaku secara tiba-tiba dan membuatkan Adira berada dalam keadaan serabut. Ketika ini, isu pengesahan rujuk itu masih dalam proses perbincangan bersama peguam.
Adira hanya tahu selepas dimaklumkan peguam

Menurut Adira, fail pengesahan rujuk tersebut bukan datang daripada pihaknya. Dia juga mengakui berada dalam keadaan sukar untuk memberikan penjelasan kerana perkara itu masih berjalan.
Situasi itu membuatkan dia memilih untuk menyerahkan sepenuhnya urusan berkenaan kepada peguam buat masa ini.
Saya berada dalam keadaan yang sukar untuk menjawab kerana ceritanya panjang dan masih dalam proses. Fail kes rujuk itu bukan daripada pihak saya.- Katanya.
Fokus utama Adira kini anak dan kerjaya
Walaupun berdepan situasi yang rumit, Adira menjelaskan fokus utamanya sekarang hanyalah untuk menjaga kebajikan anak-anak serta memberi tumpuan kepada kerjaya. Dia berharap semua urusan ini dapat diselesaikan dengan cepat.
Adira juga mengharapkan doa orang ramai agar dia diberikan kekuatan untuk melalui situasi ini.
Dalam pada itu, Adira menegaskan hubungannya dengan bekas suami kini hanyalah sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak mereka. Tiada sebarang perasaan lain yang terlibat.
Saya menghormati dia hanya sebagai bapa kepada anak-anak, itu sahaja.- Ujarnya.
Untuk rekod, satu kes pengesahan rujuk dilaporkan telah difailkan di Mahkamah Syariah Gombak Barat dan sebutan kes dijadualkan berlangsung pada pertengahan Januari 2026.
Pssttt! Ohmedia harap korang faham isu melibatkan keluarga dan undang-undang bukan perkara mudah untuk dihadapi. Kadang-kadang diam dan beri ruang itu lebih baik daripada terus menghakimi.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!





