Adira Terkejut Datuk Red Fail Pengesahan Rujuk, Serah Kepada Peguam

Adira Terkejut Datuk Red Fail Pengesahan Rujuk, Serah Kepada Peguam

Penyanyi Adira terkejut diberitahu mengenai bekas suaminya, Datuk Seri Adnan didakwa telah memfailkan pengesahan rujuk tanpa pengetahuannya pada Rabu lalu.

Memetik mStar Online, Adira berkata perkara itu deketahuinya setelah dimaklumkan oleh peguam serta mengatakan fail tersebut bukan daripada pihaknya.

BACA: Adira, Datuk Red Didakwa Rujuk Semula Dalam Tempoh Idah

“Saya berada dalam keadaan yang sukar untuk menjawab kerana ceritanya panjang dan masih dalam proses. Fail kes rujuk itu bukan daripada pihak saya.

“Sejujurnya, ini adalah cerita yang panjang. Saya baru sahaja menerima maklumat yang sebelum ini saya langsung tidak tahu dan perkara ini berlaku secara tiba-tiba.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada peguam. Buat masa ini saya tidak boleh berkongsi apa-apa kerana masih berbincang dengan peguam,” katanya.

Sementara itu, Adira berkata fikirannya serabut berikutan situasi yang sedang berlaku secara tiba-tiba itu dan fokus utamnya kini adalah menjaga kebajikan anak-anak serta kerjaya.

“Saya berharap semua urusan ini dapat diselesaikan dengan cepat kerana saya tidak mampu menghadapi drama seperti ini lagi. Cukuplah apa yang telah berlaku.

“Cuma ketika ini saya benar-benar pening dan berharap saya diberi kekuatan. Saya ikhlas menerima apa yang terjadi.

“Fokus utama saya sekarang hanyalah anak dan kerja. Saya cuma berharap orang ramai mendoakan urusan saya ini dipermudahkan,” katanya.

Dalam pada itu, Adira berkata hubungannya dengan bekas suaminya itu sekadar ibu dan bapa kepada anak-anak mereka tanpa perasaan lain.

“Saya menghormati dia hanya sebagai bapa kepada anak-anak, itu sahaja,” katanya,

Sumber: mStar Online


Scroll to Top