Aduan gangguan bunyi bising dan bau busuk, DBKL tangkap 15 anjing

Aduan gangguan bunyi bising dan bau busuk, DBKL tangkap 15 anjing

suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lebih 15 ekor anjing ditangkap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi di Jalan Kepong Lama, Kampung Batu Delima, di sini, semalam, selepas aduan penduduk berhubung gangguan bunyi bising dan bau busuk sekitar kejiranan.

DBKL dalam kenyataannya berkata, siasatan mendapati kesemua anjing terbabit dipelihara tanpa lesen serta tidak dikawal dengan baik hingga menimbulkan ancaman kepada orang awam.

“Anjing ini bukan sahaja mengejar orang ramai, malah menimbulkan gangguan terhadap ketenteraman kejiranan.

“Ketika operasi dijalankan, terdapat individu luar yang cuba memprovokasi dan menghalang petugas,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, DBKL bersama agensi penguatkuasaan lain komited memastikan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara dan tindakan sewajarnya diambil terhadap pemilik yang gagal mematuhi peraturan.

“Sayang kepada haiwan itu nilai kemanusiaan, namun hak jiran untuk hidup aman juga perlu dihormati.

“Kita boleh membela, tetapi mestilah berlesen dan tidak menyusahkan orang lain,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top