Aedy Ashraf Nafi Jalin Hubungan Dengan Azira Shafinaz

Aedy Ashraf Nafi Jalin Hubungan Dengan Azira Shafinaz

Pelakon Aedy Ashraf tampil menjawab spekulasi mendakwa dia sedang menjalin hubungan dengan aktres jelita, Azira Shafinaz.

Memetik Harian Metro, Aedy berkata mereka tiada hubungan istimewa seperti yang diperkatakan dan hanya berkawan baik sahaja.

BACA: “Nak Bangun Tidur Tengok Muka Dia, Aku Senyum” – Aedy Ashraf Mahu Wanita ‘Simple’

“Kami memang ‘bercinta’ tapi dalam filem Tarung sahaja. Realitinya tidak, kami hanyalah kawan baik yang sangat rapat.

“Saya rasa lakonan Azira yang sangat mantap dalam filem itu betul-betul memberikan impak kepada penonton sampai ada yang rasa kami berdua ini bercinta.

“Tambahan pula kami selalu keluar meluangkan masa bersama kawan-kawan yang lain di luar, jadi mungkin dari situ timbul salah faham,” katanya.

Dalam pada itu, Aedy turut menolak dakwaan kononnya mereka terjebak dengan cinta lokasi serta mengatakan seronok dapat bekerjasama dengan aktres itu.

“Oh tidak sama sekali. Tapi kami bekerjasama dengan cara yang sangat menyeronokkan,” katanya.

Sebelum ini, netizen ‘merestui’ hubungan mereka apabila dilihat kerap hadir bersama di beberapa majlis keramaian.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top