AEON Bank tawar ganjaran tunai, hadiah menarik sempena ulang tahun pertama One-derful

AEON Bank tawar ganjaran tunai, hadiah menarik sempena ulang tahun pertama One-derful

KUALA LUMPUR – Bank digital patuh syariah pertama di Malaysia, AEON Bank, mengajak orang ramai untuk turut serta memeriahkan sambutan AEON Bank One-derful Anniversary Show yang pertama pada 26 Mei 2025, jam 12 tengah hari.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz, berkata pelanggan berpeluang menebus tawaran istimewa melalui Anniversary Neko Missions dan memenangi hadiah hebat menerusi peraduan Positively Pink.

Selain itu, tujuh pemenang bertuah juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui peraduan AEON Bank One-derful Giveaway.

Menurutnya, bagi menyertai peraduan tersebut, pelanggan hanya perlu menggunakan Kad Debit-i AEON Bank untuk pembelian barangan runcit bernilai minimum RM50 di mana-mana pasar raya, serta menghantar maklumat lengkap dan tangkap layar resit pembelian melalui direct message di akaun Instagram rasmi @aeonbankmy.

“Kami berharap semua individu dapat turut serta dalam ekonomi digital yang berkembang pesat tanpa rasa terpinggir.

“Ulang tahun pertama ini amat bermakna buat kami kerana ia mencerminkan kepercayaan pelanggan terhadap AEON Bank.

“Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada semua pelanggan yang sedia ada, di samping mengalu-alukan mereka yang baharu menyertai kami,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, menurut Pengarah Kanan Bahagian Komersial PayNet, Azrul Fakhzan Mainor, AEON Bank turut memperkenalkan Kad Debit-i AEON Bank Edisi Terhad Ulang Tahun sempena Grocery Rewards Campaign yang berlangsung dari 26 Mei hingga 31 Disember 2025.

Tambah beliau, Kad Debit-i AEON Bank x Grocery Rewards Campaign menawarkan pulangan tunai minimum empat peratus tanpa perbelanjaan minimum bagi pembelian barangan runcit di mana-mana pasar raya di seluruh negara, tertakluk kepada terma dan syarat.

Ulasnya, orang ramai boleh meraih 8x + 1x = 9x mata ganjaran apabila membeli barangan runcit menggunakan Kad Debit-i AEON Bank di pusat beli-belah AEON, AEON BiG dan MaxValu dengan mengimbas QR keahlian di aplikasi AEON Bank.

Dengan setiap ringgit yang dibelanjakan menggunakan Kad Debit-i AEON Bank, pelanggan akan memperoleh mata ganjaran yang boleh ditukarkan kepada pulangan tunai.

“Dapatkan 8x mata AEON apabila membeli barangan runcit menggunakan Kad Debit-i AEON Bank di gedung runcit lain. Mata ganjaran terkumpul boleh ditebus sebagai nilai tunai yang akan dikreditkan terus ke dalam Akaun Simpanan-i.

“Kami akan terus berusaha memacu penggunaan pembayaran digital serta memudahkan transaksi tanpa tunai.

“Sempena ulang tahun pertama AEON Bank, PayNet akan terus berusaha memperkukuh kerjasama strategik dengan memperkasakan perkhidmatan inovatif, merapatkan jurang digital dan memperluas ekosistem fintech yang lebih inklusif serta mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Scroll to Top