Aeril Zafrel Bimbang Wawa dan Anak Dijangkiti Penyakit Ain

Aeril Zafrel Bimbang Wawa dan Anak Dijangkiti Penyakit Ain

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan isteri tercinta, Wawa Zainal, dan anak perempuan mereka, Hayla, yang dikatakan mengalami gangguan kesihatan dipercayai berpunca daripada penyakit ain.

Menerusi satu hantaran di akaun Threads miliknya, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 37, turut meminta pandangan netizen mengenai cara untuk mengelak daripada terkena penyakit yang sering dikaitkan dengan pandangan mata penuh hasad dengki atau rasa iri hati itu.

“Korang pernah kena penyakit Ain? Kata orang kalau nak elak jangan selalu upload gambar tapi kita ni berniaga. Memang kena upload gambar dengan produk juga,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Menurut Aeril, beliau mula menyedari keadaan kesihatan isteri dan anaknya mula terganggu sejak produk kek batik keluaran Wawa mula viral di media sosial baru-baru ini.

“Saya tanya ni sebab lepas Hayla dan Wawa jual kek batik jadi viral, diorang asyik sakit saja,” katanya lagi.

Rata-rata pengikut Aeril di platform tersebut turut memberikan sokongan moral dan berkongsi pelbagai amalan serta doa pelindung seperti Surah Al-Falaq, Surah An-Naas, serta zikir dan doa Ruqyah untuk mengelakkan perkara tidak diingini.

Scroll to Top