AFCON: Ivory Coast di puncak dunia, takluk negara Afrika

AFCON: Ivory Coast di puncak dunia, takluk negara Afrika

ABIDJAN – Ivory Coast bangkit menewaskan Nigeria 2-1 pada final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) untuk menjulang trofi benua itu buat kali ketiga yang menyaksikan Sebastien Haller menjadi wira menjaringkan gol kemenangan lewat permainan.

Kejayaan Ivory Coast awal pagi tadi itu meletakkan mereka setanding dengan Nigeria pada tiga gelaran AFCON selepas kejuaraan pada tahun 1992 dan 2015.

Berlangsung di Stade Olympique Alassane Ouattara, Nigeria lebih awal di hadapan apabila kaptennya, William Troost-Ekong berjaya menanduk masuk gol pembukaan sebelum rehat perlawanan.

Namun, Franck Kessie kembali menyamakan kedudukan di pertengahan babak kedua dan Haller memanfaatkan hantaran lintang Simon Adingra pada minit ke-81 untuk gol kemenangan tuan rumah.

Bagaimanapun Ivory Coast mengubah nasib mereka daripada hampir tersingkir di peringkat kumpulan kepada tuan rumah pertama memenangi AFCON sejak tahun 2006.

Didier Drogba menjadi kapten The Elephants ketika tewas penentuan penalti kepada Mesir dalam final di Kaherah 18 tahun lalu dan kali ini dia berada dalam kalangan penonton menyaksikan kemenangan pasukannya di tanah air sendiri. – Agensi