Afdlin Shauki pilih PKR

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak Datuk Afdlin Shauki mengesahkan sudah menyertai PKR.

Afdlin berkata, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan inspirasinya untuk memilih wadah perjuangan politik itu.

“Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.

“Datuk Seri Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengaraan yang beliau dan keluarga lalui.

“Nilai yang ada dalam diri Datuk Seri Anwar itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai PKR,” katanya dipetik sebagai berkata daripada Astro Awani.

Afdlin sebelum ini merupakan ahli UMNO selepas menyertai parti tersebut pada tahun 2012.

Tambahnya, keputusannya menyertai parti itu adalah kemahuan dan pilihan dirinya sendiri.

Selain Afdlin, penyanyi Altimet juga dikatakan bakal menyertai PKR.- MalaysiaGazette