Afifah Nasir hamil anak pertama

Afifah Nasir hamil anak pertama

Kuala Lumpur: Pelakon, Afifah Nasir, 32, berkongsi khabar gembira hamil anak pertama selepas setahun mendirikan rumah tangga dengan Syed Hariz.

Afifah berkata, beberapa bulan juga mereka menyimpan berita itu dan akhirnya baru dapat berkongsi kegembiraannya.

“Selepas berbulan merahsiakan perkara ini antara kami berdua saja. Saya gembira untuk kongsikannya kepada kamu semua,” katanya dalam sebuah hantaran video.

Dalam video itu, Afifah turut menunjukkan foto imbasan kandungannya sambil berpelukan dengan suami. Mereka dilihat sedang bercuti dan berada atas bot di laut.

Afifah turut membuat nukilan penuh makna mengenai ‘keajaiban’ kisah cinta mereka itu dengan kehadiran anak kecil nanti.

“Setahun yang lalu, kita hanya menulis kisah cinta kita, satu halaman pada satu masa.

Kini, bab baru bermula dengan degupan jantung yang tumbuh dalam diri ini.

“Keajaiban kecil kami, dibuat dengan cinta,” tulisnya.

Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top