mhafis@mediprima.com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) memandang serius tindakan segelintir pihak yang secara tidak bertanggungjawab memuat naik dan menyebarkan maklumat belum ditentukan kesahihannya.
Ia termasuklah gambar kanak-kanak yang dikaitkan dengan kes pelajar sekolah agama, Zara Qairina Mahathir, 13, menerusi pelbagai platform media sosial.
“Tindakan menyebarkan maklumat yang belum ditentukan kesahihannya dan gambar kanak-kanak yang dikaitkan dengan siasatan pihak berkuasa di media sosial boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
“Penularan kandungan itu berpotensi menjejaskan kelancaran serta keberkesanan proses siasatan oleh pihak berkuasa yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, AGC menyeru orang ramai supaya menghentikan segera perbuatan tidak bertanggungjawab terbabit.
- Kes Zara Qairina: AGC serah semula laporan penuh siasatan awal kepada polis
- Zara didakwa dimasukkan dalam mesin basuh satu spekulasi – Peguam
- Kes Zara Qairina: Peguam sahkan audio tular rakaman sebenar
- Hormati proses undang-undang siasatan kes Zara Qairina – Saifuddin Nasution
- ‘Mak Zara takut terjumpa kak M’ – rakaman suara tular perbualan Zara Qairina & ibu
- Peguam bimbang ‘plot twist’, bayangkan kematian Zara akibat ibu sendiri boleh
- Kes Zara Qairina: Peguam dakwa polis tidak ambil pakaian mangsa untuk siasatan
- Kes Zara Qairina: Keputusan tidak menjalankan bedah siasat punca wujud
- Kes kematian Zara Qairina: Ibu buat laporan polis baharu, dakwa nampak lebam
- Ibu Zara Qairina nafi tuduh sesiapa, tidak kaitkan kematian anak dengan VVIP
- Kes Zara Qairina: PM jamin tiada siapa akan dilindungi
- Zara dakwa diugut ‘Kak M’, ‘Kalau aku touch-touch kau ni berdarah kau’
© New Straits Times Press (M) Bhd