Agong berangkat hadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Agong berangkat hadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Khamis berkenan berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-273 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Turut berangkat ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Berangkat sama, Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail; Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim. 

Mesyuarat itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam; Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir bersama Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri dan Timbalan Premier Sarawak. – Bernama

 

 

 

 

Scroll to Top