Agong berkenan berangkat ke Majlis Pemakaian Pangkat kepada anakanda baginda

Agong-queen-malaysia

Istana Negara: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pemakaian Pangkat kepada anakanda baginda, KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Majlis Pemakaian Pangkat itu disempurnakan sendiri oleh Seri Paduka Baginda berdua kepada Tengku Hassanal yang dipakaikan pangkat Leftenan di Istana Negara.

Agong-queen-malaysia
Usai majlis ini, Seri Paduka Baginda turut berkenan menyempurnakan Majlis Mengangkat Sumpah anakanda Baginda, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, sebagai Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia.
Turut hadir pada majlis ini, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose bin Mohd Zain dan Asistan Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Leftenan Jeneral Datuk Haji Azlan bin Abdul Rahman. -Istana Negara FB official

Malay News
National Desk

Scroll to Top