Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan doa agar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dikurniakan keafiatan berpanjangan.
Menerusi kenyataan di Facebook, beliau turut mendoakan Baginda sentiasa berada dalam lindungan, rahmat dan inayah Allah SWT.
PM Anwar doakan keafiatan berpanjangan
Terdahulu, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian belakang serta pinggul yang dihadapi.
Justeru itu, Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.
“Disebabkan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan susulan, Seri Paduka Baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara yang berlangsung kelmarin,” menurut kenyataan itu.

Artikel lain: Isu rasuah: Tak kira pangkat, tiada siapa boleh terlepas termasuk SPRM! – Agong
Istana Negara turut memaklumkan majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung semalam turut ditangguhkan ke suatu tarikh lain.
“Yang di-Pertuan Agong bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik kesihatan Baginda beransur pulih,” menurut Istana Negara.





